Perjalanan,perngalamanku sebagai guru....
Kisah bermula pada tahun 2003, aku telah ditawarkan mengikuti program Diploma Perguruan Malaysia (DPM) dalam jurusan Pengajian Kemahiran Hidup & Pendidikan Moral,
Selepas berjaya melepasi ujian bertulis, ujian lisan, dan temuduga akhirnya aku diterima masuk ke IPG kampus Gaya Kota Kinabalu, yang dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu.
Seronok bukan main kepalang mama dan abahku sebab impian mereka untuk menjadikan aku sebagai guru tercapai.Namun terdetik dalam hati ne, alahai baru jadi pelatih guru ja pun. huhu.Tetapi lama kelamaan perasaan minat terpupuk dengan sendirinya.Aku telah jatuh cinta dengan profesion keguruan ini dengan lebih mendalam.Apatah lagi rakan-rakan seperjuanganku begitu bersemangat menyebabkan aku juga turut meletakkan tanggungjawab untuk memikul peranan sebagai seorang bakal guru.
Wah,cepatnya masa berlalu, setelah 3 tahun pengajian, susah senang ditempuhi semasa belajar.penat lelah usaha telah berbaloi dan membuahkan kejayaan buat diriku dan keluarga. 2003-2005 bukanlah tempoh yang agak lama tetapi telah membawa aku kepada seribu satu mcm cerita dan kenangan.
Aku masih ingat lagi, ketika mjadi pelatih, aku pernah menjalankan latihan praktikal di beberapa buah sekolah yang ku kira sebagai pencetus bermulanya karier ku sebagai seorang guru. Antara sekolah yg pernah mengajar aku erti kejayaan ialah SK Sg Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan 2003.SK Benoni Papar 2004, dan SK Pekan Beaufort 2005. Sepanjang tempoh praktikal tu mcm2 kejadian dan peristiwa lucu pahit manis ketawa riang yg aku tempuhi,.seronok rasanya..
Kenangan itu membuatku menjadi lebih matang...
Bersambung....wasalam...
No comments:
Post a Comment
Anda boleh kemukakan persoalan atau sebarang cadangan di sini