Tuesday, 22 October 2013

7 Sebab Mengapa Badan Kita Perlukan Suplemen??

1. Dalam era globalisasi kini, menuntut kita untuk sentiasa beringat dan berhati-hati menjaga kesihatan dan kecantikan supaya kita mendapat kualiti hidup yang berpanjangan. Oleh itu, dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Misalnya, Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak memadai dan mencukup untuk memberikan kesan serta impak untuk pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran dikenal pasti merupakan sumber mineral yang sangat efektif ke atas badan kita jika diamalkan, namun adakah anda tahu? Bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik juga sebenarnya antara faktor yang boleh mengganggumpenyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi, kafein, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh. 

5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang saling berkejaran masa, sibuk dengan kerja dan jarang memasakdi rumah serta lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.

7. Bagi yang bekerja pula, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititiberatkan.

Sumber : Shaklee.com.my