Wednesday, 7 August 2013

Ramadhan 29, menjelang Raya Aidilfitri 2013

Salam semua,bersua kembali...

Hari ini genap 29 hari berpuasa, pastinya selepas ini kita semua akan merindui Bulan Keberkatan, Bulan kemuliaan dan bulan penuh pahala ini...Alhamdulillah,di kesempatan ini bolehlah kita semua mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN" 

Tidak dilupakan kepada semua ahli keluargaku yg kini berada di Teratak Mawar Kg Suangon,moga-moga kita semua dikurniakan kesihatan yg berpanjangan utk menjalani ibadah yang masih bersisa sebelum tibanya Syawal.

Wah, sekejap lagi aku nak berkongsi resepi "roti jala & Kuah kari ayam"... pastinya keluarga mertua n mentua ku akan gembira,sebab menantu kesayangan mereka akan masak.Istimewa....hehehe...ok lah kepada teman-teman semua mohon maaf sekiranya ada salah dan silap...jemputlah dtg ke rumah...akhir kata, jgn lupa berbuka dengan ESP, MEALSHAKE dan PERFORMANCE DRINK daripada SHAKLEE k....seperti diriku yg mengamalkannya sejak sekian lama....

A big Credit to Mamakeyshaaneesa ( Mama Lina) tq for introducing me SHAKLEE into my life.Love it very much.... 

Jika anda berminat jgn lupa utk email/ whatsapp di talian 019-6196977 its me Independant Distributor (892606), jom sihat bersama SHAKLEE..

K bye...

Tuesday, 6 August 2013

Apakah Khasiat MEALSHAKE?




1. Kalori


2.Lemak


3.Karbohidrat


4.Protein


5.Vitamin


6.Mineral


Read more: http://www.livestrong.com/article/278984-shaklee-shakes-nutrition-information/#ixzz1MIGRlAzf


Perjalanan,pengalamanku sebagai guru

Salam sejahtera, bertemu kembali...

Perjalanan,perngalamanku sebagai guru....


Kisah bermula pada tahun 2003, aku telah ditawarkan mengikuti program Diploma Perguruan Malaysia (DPM) dalam jurusan Pengajian Kemahiran Hidup & Pendidikan Moral,


Selepas berjaya melepasi ujian bertulis, ujian lisan, dan temuduga akhirnya aku diterima masuk ke IPG kampus Gaya Kota Kinabalu, yang dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu.


Seronok bukan main kepalang mama dan abahku sebab impian mereka untuk menjadikan aku sebagai guru tercapai.Namun terdetik dalam hati ne, alahai baru jadi pelatih guru ja pun. huhu.Tetapi lama kelamaan perasaan minat terpupuk dengan sendirinya.Aku telah jatuh cinta dengan profesion keguruan ini dengan lebih mendalam.Apatah lagi rakan-rakan seperjuanganku begitu bersemangat menyebabkan aku juga turut meletakkan tanggungjawab untuk memikul peranan sebagai seorang bakal guru.


Wah,cepatnya masa berlalu, setelah 3 tahun pengajian, susah senang ditempuhi semasa belajar.penat lelah usaha telah berbaloi dan membuahkan kejayaan buat diriku dan keluarga. 2003-2005 bukanlah tempoh yang agak lama tetapi telah membawa aku kepada seribu satu mcm cerita dan kenangan.


Aku masih ingat lagi, ketika mjadi pelatih, aku pernah menjalankan latihan praktikal di beberapa buah sekolah yang ku kira sebagai pencetus bermulanya karier ku sebagai seorang guru. Antara sekolah yg pernah mengajar aku erti kejayaan ialah SK Sg Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan 2003.SK Benoni Papar 2004, dan SK Pekan Beaufort 2005. Sepanjang tempoh praktikal tu mcm2 kejadian dan peristiwa lucu pahit manis ketawa riang yg aku tempuhi,.seronok rasanya..


Kenangan itu membuatku menjadi lebih matang...


Bersambung....wasalam... 

Alhamdulillah Ramadhan 28...

Assalammualaikum, hari ini puasa yg ke 28, gembiranya hati Aidilfitri hampir menjelang tiba dan hanya tinggal beberapa hari sahaja.

Alhamdulillah, demam Inarah dan beransur pulih, Terima kasih MEALSHAKE kerana telah banyak membantu Inarah sembuh dan sihat seperti sediakala.Panas badan pun sudah kembali normal.

Oleh kerana hari ini aku dlm keadaan mood yang sangat baik, apa lagi bermacam2 idea dtg bergolek untuk memikirkan apakah menu yg hendak dimasak. BERGEDIL AYAM...terlintas di fikiran...apa lagi,usai solat Zuhur, suami tercinta mengajak ku bersama anak-anak untuk ke Pekan Beaufort. Alangkah terkejutnya, Pekan Beaufort tidak seperti tahun2 yg sebelumnya, kesesakan berlaku sana-sini...merungut juga sang suami ne...Namun berkat kesabaran kami,jumpa juga parkir dan kami bergerak ke CNF yg memang tidak asing lagi di pekan ne.

Apa lagi dengan pantas,aku mencari bahan yang diperlukan..tiba-tiba suami menerima panggilan dari mama menyatakan telah pun membeli bahan-bahan utk menu bergedil.Terdetik dlm hati,setuju jg ibu mertuaku untuk menyuruhku memasak bergedil untuk sungkai(berbuka) nanti.

Anak-anak beriuhan dalam kereta seperti biasa,tetapi dalam perjalanan pulang, anak-anak semua tertidur.Aman sikit aku dan suami bersembang,berbual-bual ala2 dating pula...Jam menunjukkan jam4.30 ptg, selepas asar..aku segera menyediakan bhn2 utk msk bergedil.syukur,tercapai jg hasrat utk msk bergedil. suami anak-anak semua sukakan bergedil yg aku msk.Ipar duai semua suruh buat lagi...alamatnya kena buat lg lah aku selepas ini.Oh ya,berbuka tadi aku minum ESP dan MEALSHAKE,alhamdulillah cepat kenyang dan x perlu mkn byk,sebab minuman ini berfungsi untuk mengenyangkan.terkawal jg berat bdn.Kini beratku telah mncapai berat yg sgt ideal 58 kg.kalo tidak sebelum ini 63kg.Alhamdulillah berjaya jg turun berkat usaha bersama SHAKLEE dan mengawal makan dengan penuh disiplin. Oklah bertemu di lain lembaran lagi, Take k all....Salam...

Monday, 5 August 2013

Rezeki itu datang lagi

Ya Allah, dugaan ku tempuhi walaupun halangan bertimpa-timpa..
Hari ini, anak demam.Baby Inarah almost 6 month.Demam mau besar agaknya, tapi ku tidak berputus asa. Masa inilah ku gunakan untuk menguji kesabaranku. Alhamdulillah,setelah bersama Shaklee berbulan-bulan, berbaloi jg.Mealshake vitamin yg sangat membantu...apabila anak-anak demam memang Mealshake penting bagiku.sebelum berjumpa doktor, berusaha dulu untuk sembuhkan sebelum bertambah teruk,turun demam panas anak-anak ne.Gembiranya hati apabila lihat anak-anak semakin sihat sebelum ia melarat dengan lebih teruk lagi.

Percayalah keberkesanan Mealshake.Anda pasti akan gembira apabila melihat anak-anak sihat dan membesar dengan baik.

Jom Mealshake...inbox jer kalau anda berminat... :-)

Kesihatan itu berharga...dan bagaimana saya bermula... :-)

Assalammualaikum...

Hari ini genap 27 hari kita berpuasa. Dan pada hari ini juga saya dengan rasminya menggunakan blogger ini sebagai medium untuk berkongsi dengan anda tentang kesihatan yang sangat bernilai pada saya dan mungkin semua orang.

Wow,setelah 7 tahun saya berada di perantauan kini saya telah kembali bertugas di negeri sendiri, Negeri di Bawah Bayu.Anda pasti tahu di mana kan?Alhamdulillah...pelbagai kenangan manis, pahit,susah senang,semasa saya berada di Semenanjung tanah air.

Tanggal 5 Januari 2006 saya memulakan tugas dan melaporkan diri di SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.Saya masih ingat lagi bekas Guru Besar Puan Zaharah Hassan (telah kembali kerahmahtullah Julai 2013) yang telah menyambut saya di SMK Seksyen 24 Shah Alam.Di situlah permulaan detik pertemuan dengan beliau yang telah banyak membantu saya dalam bidang pendidikan,

Ya,saya seorang guru.Tidak terlintas pun di fikiran ingin menjadi seorang guru,Semuanya bermula secara tidak sengaja.Setelah tamat pengajian d PTPL College dlm jurusan Diploma Teknologi Maklumat, saya ada memohon belajar di UiTM dan Politeknik,alhamdulillah rezeki menyebelahi saya dan saya ditawarkan di kedua2 institusi berkenaan. Tapi belum sempat saya meneruskan perjalanan ke sana, mama dan abah telah pun mengisikan saya permohonan untuk menjadi seorang guru.

Kisah ini akan bersambung di lain lembaran pula,nanti akan saya ceritakan bagaimana perjalanan saya bermula apabila menjadi seorang guru...ada gembira,ada sedih,ada yg myakitkan,ada yg membahagiakan..ermm mcm2...jumpa nanti ya... :-)