Monday, 5 August 2013

Kesihatan itu berharga...dan bagaimana saya bermula... :-)

Assalammualaikum...

Hari ini genap 27 hari kita berpuasa. Dan pada hari ini juga saya dengan rasminya menggunakan blogger ini sebagai medium untuk berkongsi dengan anda tentang kesihatan yang sangat bernilai pada saya dan mungkin semua orang.

Wow,setelah 7 tahun saya berada di perantauan kini saya telah kembali bertugas di negeri sendiri, Negeri di Bawah Bayu.Anda pasti tahu di mana kan?Alhamdulillah...pelbagai kenangan manis, pahit,susah senang,semasa saya berada di Semenanjung tanah air.

Tanggal 5 Januari 2006 saya memulakan tugas dan melaporkan diri di SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.Saya masih ingat lagi bekas Guru Besar Puan Zaharah Hassan (telah kembali kerahmahtullah Julai 2013) yang telah menyambut saya di SMK Seksyen 24 Shah Alam.Di situlah permulaan detik pertemuan dengan beliau yang telah banyak membantu saya dalam bidang pendidikan,

Ya,saya seorang guru.Tidak terlintas pun di fikiran ingin menjadi seorang guru,Semuanya bermula secara tidak sengaja.Setelah tamat pengajian d PTPL College dlm jurusan Diploma Teknologi Maklumat, saya ada memohon belajar di UiTM dan Politeknik,alhamdulillah rezeki menyebelahi saya dan saya ditawarkan di kedua2 institusi berkenaan. Tapi belum sempat saya meneruskan perjalanan ke sana, mama dan abah telah pun mengisikan saya permohonan untuk menjadi seorang guru.

Kisah ini akan bersambung di lain lembaran pula,nanti akan saya ceritakan bagaimana perjalanan saya bermula apabila menjadi seorang guru...ada gembira,ada sedih,ada yg myakitkan,ada yg membahagiakan..ermm mcm2...jumpa nanti ya... :-)

No comments:

Post a Comment

Anda boleh kemukakan persoalan atau sebarang cadangan di sini